Bismillahirrahmanirrahim..
Dua hari lepas ketika aku mengambil Muhammad di rumah pengasuh dia memberitahu bahawa Muhammad sudah boleh meniarap. Aku sangat terkejut ketika itu. Di rumah tiada pun ditunjukkan apa-apa tanda dia mahu meniarap. Alhamdulillah sungguh cepat perkembangan fizikal yang ditunjukan. Ini membuatkan aku mengiyakan kata-kata ibu yang tidak menyucuk vaksin kepada anak mereka. Ibu-ibu ini menyatakan anak mereka yang tidak vaksin lebih aktif, lebih cergas dan jarang sakit berbanding anak yang diberi vaksin. Perkembangan mereka juga lebih cepat berbanding anak yang divaksin.
Di usia Muhammad 3 bulan, aku hanya menyucuknya ketika dilahirkan. Selepas itu aku tidak langsung membawanya ke mana-mana klinik untuk cucuk atau menjalani pemeriksaan. Aku bukanlah seorang ibu yang pro-unvaccine. Tapi aku cuma ingin melewatkan sedikit menyucuknya. Tidak sanggup rasanya membiarkan bayi sebesar Muhammad dicucuk. Namun bukanlah sengaja mengelak dicucuk. Cumanya tiap kali mahu membawanya ke klinik ada sahaja perkara yang menghalang.
Melalui pembacaan, kebanyakan ibu-ibu yang tidak memvaksin anak ini mengamalkan makanan sunnah dan penyusuan ibu sepenuhnya. Aku juga mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatusauda sejak mengandungkan Muhammad lagi. Dan tidak dinafikan Muhammad sangat aktif dan sangat kuat kakinya. Antibodinya juga kuat. Ketika kanak-kanak lain batuk, demam dan selsema di rumah pengasuh, Muhammad tidak mengalaminya. Risau juga jika berjangkit ketika itu. Alhamdulillah Muhammad dipeliharaNya dan dijauhkan daripada penyakit tersebut.
Jika difikirkan kembali nikmat sakit dan sihat semuanya daripada Allah. Jika kita beriya-iya mengambil vaksin itu dan ini tapi jika Allah menghendakan kita untuk sakit, kita akan sakit juga. Oleh itu tidaklah aku tertekan jika tidak memvaksin Muhammad pun. Walaupun aku tidak ada pengalaman mempunyai anak sebelum ini, namun anak yang ada sekarang bukanlah untuk dieksperimen. Aku yakin setiap yang digerakkan atau didetikkan dalam hati adalah kehendak Allah. Apa-apa pun sentiasa doa dan minta yang terbaik untuk anak dan kita sekeluarga.
Ummu Muhammad